Search This Blog

Thursday, 23 June 2011

Malaysia vs Liverpool Asia Tour 2011

Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan. Aku macam tak percaya je akhirnya dapat gak aku melihat sendiri pasukan Liverpool. Aku semangat nak tengok Luis Suarez, tapi dia tak datang sebab beraksi untuk negara, tapi takpe masih leh tengok Steven Gerrard. Paling penting tengok pasukan Liverpool. You'll Never Walk Alone...

Training pass dan tiket.
Atas bantuan adli, dapat gak aku memiliki tiket yang berharga RM58.00 beserta training pass RM8.00. Aku akan ke stadium dengan maswati, adli, bobo, encik saiful, yang lain aku tak tahu la. Perlawanan akan berlangsung pada 16 Julai 2011 pada pukul 5.45 pm. Manakala training lak pada 14 Julai 2011.

Seating masa kat stadium.
Kalau mengikut tiket aku akan masuk ikut 'yellow gate'. Tiket RM58 ni kira free seating la. Tak sabarnya menghitung hari nak ke stadium negara untuk menyaksikan perlawanan ni. Walaupun aku beli tiket ni semata-mata nak tengok pasukan Liverpool beraksi, tapi aku tetap akan menyokong pasukan negara..

HIDUP MALAYSIA!!!!


No comments:

Post a Comment