Search This Blog

Thursday, 1 September 2011

Cinta pandang pertama, bukan cinta pandang buah dada!!


Kenapa aku cakap bukan cinta pandang buah dada? Sebab melalui pemerhatian aku kebanyakan kaum lelaki masa kini akan jatuh cinta bila pandang buah dada. Betulkan aku, kalau aku salah. Dan bila cinta ini terjadi, ia lebih kepada nafsu. Eh menyimpang jauh pulak, aku nak citer pasal cinta pandang pertama sebenarnya.


Fenomena cinta pandang pertama berlaku antara dua orang individu yang memiliki kuasa tarikan ke atas satu sama lain dengan kekuatan yang serupa tingginya. Bila kita kata 'pandang pertama', tentu sekalilah mata yang emainkan peranan. Dari mata turun ke hati. Dengan lain perkataan, mereka saling menyukai antara satu sama lain. Segala-galanya bermula apabila mereka mula-mula berkenalan. 

Salah satu teori berkaitan dengan cinta ialah teori ambang cinta. Ini kerana setiap orang pernah mengalami keadaan yang dipanggil 'kesediaan' untuk bercinta, ataupun berada di ambang cinta dan bukan di ambang wati. Keadaan ini berlaku apabila seseorang individu itu mengalami adanya pertembungan dua dorongan dalam diri ataupun jiwanya.

Keadaan pertama, dia mengalami perasaan yang inginkan kehadiran cinta dalam hidupnya. Maknanya pada waktu ini, dia sedang bersendirian dan tidak memiliki sesiapa pun untuk dicintai. 

Bagi mereka yang sudah dimiliki, bukanlah pandang pertama, tapi pandang gatal. Keadaan seperti ini biasa dialami oleh si bujang dan mereka yang sudah bercerai dengan pasangan masing-masing. Rasa sepi menyebabkan mereka sentiasa mengharap agar ada insan lain yang sudi mendampingi dan meyintai mereka. 

Mereka yang kesepian ini terbahagi kepada tiga golongan iaitu mereka yang cintanya tidak berbalas, mereka yang sedang menghadapi krisis percintaan dan mereka yang sedang menghadapi masalah dalam rumah tangga.

Dorongan yang kedua, untuk jatuh cinta seseorang itu mesti bertemu dengan orang yang pada penglihatannya mampu memenuhi keperluannya. Bermakna, bagi yang sedang mencari cinta, mereka perlu melihat faktor penarik yang ada pada orang yang ingin dimiliki cintanya.Dua jenis faktor penarik iaitu yang pertama, keperluan-keperluan am seperti wang, seks, pekerjaan, jawatan, taraf sosial dan lain-lain. Faktor kedua adalah keperluan-keperluan psikologi seperti emosi, intelek dan rohani.

Kita memulakan proses tertarik, berkenalan, jatuh cinta dan seterusnya berkahwin kerana didorong oleh semua keperluan ini. Kita sentiasa mengharap pasangan kita akan memenuhi keperluan kita yang begitu mendalam. Bagi sesetengah pasangan, itu yang dicari, itu yang dinikmati. Aaaah nikmatnya....

Selamat bercinta dan selamat menikmati keindahan cinta!

No comments:

Post a Comment