Search This Blog

Saturday, 4 August 2012

Wajarkah atlet tidak berpuasa untuk Olimpik?



Korang tengok tak perlawanan memanah antara Khairul Anuar dengan Furukawa Takaharu malam tadi? Nampak tak yang Khairul ada minum air? Waktu tu da berbuka ke? Walaupun dia letih beraksi memanah, tapi bagi pendapat aku lah, itu bukannya alasan semata untuk dia berbuka. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi setiap umat Islam.

Memetik kata-kata Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Irwan Mohd Subri."Atlet tidak sepatutnya menjadikan faktor keletihan berpuasa sebagai alasan untuk mereka menjadi lemah, sebaliknya menjadikan kisah perang Badar sebagai pembakar semangat mereka untuk membawa pulang pingat emas pertama negara."

Aku bukan lah nak mengaibkan dia. Sekadar mohon pandangan rakan-rakan mengenai isu ini.


1 comment:

  1. Entah la belalang. Mufti kata boleh. Tak tahu lah. Seelokknya,berpuas. Lagi bagus. Ada keberkatan. :)

    ReplyDelete