Posts

Showing posts from July, 2012

Wajah-wajah kesayangan hamba

Image

Gambar Nur Suryani Mohamed Taibi Sarat Mengandung ketika beraksi di Olimpik London

Image
Menang atau kalah memang adat pertandingan, tetapi dalam hal ini, yang pasti, Nur Suryani, pakar dalam acara 10 meter air-rifle, sudah berjaya menarik seluruh dunia yang kagum dengan rekod yang bakal diciptanya sebagai peserta yang menyertai sukan Olimpik ketika mengandung lapan bulan.
Sebenarnya, Nur Suryani hampir terlepas peluang untuk menyertai Olimpik London kerana pakar sukan Malaysia bimbang keadaannya yang sarat mengandung tidak mengizinkan atlet ini bertanding dengan selesa. 


Memetik kata-kata Nur Suryani kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang bertaraf universal "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi."
Beberapa lagi gambar ketika beliau beraksi.

Santapan kegemaranku

Image
Salam sejahtera semua rakan-rakan. Haa gambar pertama ni bukan lah makanan aku... hahaha ni adik bongsu kesayangan aku. Entry kali ni aku nak tunjukkan makanan-makanan kegemaran aku yang telah dimasak oleh mama setakat seminggu berpuasa ini.

Aku tak ego! Aku tak ego!

Apakah maksud EGO yang sebenarnya?


Bila kau tak luahkan perasaan, EGO ke? Bila kau pendamkan perasaan, EGO ke? Bila kau gembira, kau tak tunjuk, EGO ke?
Bila kau menangis, kau rasa kau lembik, EGO ke? Bila kau sayang, tapi kau kata benci, EGO ke? Bila kau nak, tapi kau kata tak nak, EGO ke? Bila kau bengang, kau rasa nak tumbuk orang, EGO ke? Hahaha ini baran namanya.
Setiap manusia ada ego masing-masing, sama ada tinggi atau rendah.
Bagi aku, aku ego sebab takut dikecewakan dan takut untuk menerima kenyataan.  Bila aku terlalu ego, aku terpaksa kawal semua perasaan semata-mata tak nak tunjuk perasaan sebenar. Maksudnya aku sembunyikan perasaan sebenar, semata-mata untuk tengok orang lain bahagia.
Walaupun ada orang akan cakap "egonya kau". Aku masih mencari-cari maksud EGO sebenar..

Kembali

Image
Wahhhhhhhhhhh, lamanya tak update blog ni!! Nak kena buang habis sarang labah-labah kat blog ni.. hehehe.. Aku kembali menjadi blogger... Yeahhh steady...

Dua hari lagi bulan Ramadhan akan menjelma. Bulan dimana para syaitan diikat dan dikurung. Hahaha bulan ni je lah aku paling berani sebab dijamin takkan jumpa hantu.

Kali ini aku baru berkesempatan untuk menulis entry baru setelah agak sibuk sebelum ni.