Search This Blog

Thursday 30 June 2011

What the hell??????

Apa nak jadi ni? Belanda haramkan sembelih haiwan. Sesiapa yang ada niat nak menetap atau bercuti kat sana, kena lah berhati-hati dengan sumber makanan kat sana. Lupakan la niat kome nak ke belanda tu.

Dipetik dari akhbar sinar harian: Dewan Rakyat Belanda meluluskan cadangan mengharamkan penyembelihan haiwan di negara itu. Bagaimanapun tindakan itu telah ditentang hebat oleh penduduk Islam negara Eropah itu.

Rang undang-undang yang dikemukakan Parti Hak Asasi Haiwan itu diluluskan dengan undian 116 menyokong berbanding 30 menolak dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara sebelum menjadi undang-undang sah.

Undang-undang itu menetapkan haiwan yang akan disembelih perlu berada dalam keadaan tidak sedar iaitu kaedah berbeza dengan cara penyembelihan Islam. Undang-undang baru ini menuntut penganut Islam membuktikan penyembelihan haiwan semasa sedar tidak menyebabkan kesakitan, iaitu sesuatu yang dianggap mustahil.

Ketua Parti Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme dengan biadap menuduh kaedah penyembelihan  Islam menyebabkan kesakitan kepada haiwan dan menegaskan kebebasan agama perlu dihadkan.

**Semoga umat Islam sentiasa berhati-hati dengan pengambilan sumber haiwan yang disembelih.
**Mak aku dah tak beli ayam kat pasar, oleh itu setiap hari rabu je kitorang makan ayam. Nak tahu sebab apa? Haa, sebab hari rabu mak aku pergi dengar ustaz mengajar, ustaz tu yang jual, dia la yang tukang sembelih ayam tu.

Keputusan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia (2) vs Taiwan (1)

Malaysia mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 malam tadi. Permainan yang cukup mantap dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Pada mulanya, pasukan Taiwan lebih banyak menyerang, namun pertahanan Malaysia agak kental bertahan. Pasukan Malaysia terus menggandakan asakan sehingga tamat wisel penamat. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya meraih kemenangan di laman sendiri.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, dua jaringan masih-masing satu daripada kapten, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan tonggak pertahanan, Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak (ke-54) sudah cukup untuk memberi bekalan buat anak-anak buah Rajagobal sebelum berkunjung ke Taiwan.
Begitupun, kelekaan barisan pertahanan skuad kebangsaan dihukum apabila Chen Po Liang menjaringkan gol bagi merapatkan jurang buat Taiwan pada minit ke-75.

Jaringan Safiq Rahim pada minit ke-27

Jaringan Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak pada minit ke-54

Diharapkan pasukan Malaysia akan dapat meraih kemenangan di tempat lawan lawan nanti. Gomo Malaysia Gomo!!!

Wednesday 29 June 2011

Malaysia vs Taiwan ( 29 Jun 2011 )


Pasukan bolasepak Malaysia akan menghadapi Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Rajagobal masih belum menetapkan siapa yang akan menjaga gawang gol - sama ada Khairul Fahmi Che Mat atau Sharbinee Allawee Ramli. Ini kerana Apek masih mengalami sakit bahu.
Penyerang berbisa negara, Safee Sali telah  mengalami kecederaan di saat-saat akhir pada sesi latihan petang semalam. Kemungkinan Rajagobal akan menggandingkan Abdul Hadi Yahaya dan Baddrol Bakhtiar 
Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani pula turut boleh diturunkan selepas kedua-duanya sudah pulih daripada kecederaan hamstring dan lutut.
Namun di sebalik masalah tersebut, Rajagobal tetap berkeyakinan Malaysia mampu meraih kemenangan 
"Jika menang 1-0 pun, ia cukup untuk kita ke tempat lawan dengan tanpa tekanan berbanding jika tewas. Jadi saya mahu pemain manfaatkan peluang terhidang dan tiada sebab untuk kita tewas," tegas Rajagobal.
Rajagobal turut menyatakan bahawa dua pemain sayap Taiwan, Lo Chih-An dan Lo Chih-En yang merupakan saudara kembar cukup berbahaya dan pasukan lawan itu memiliki dua pemain pertahanan tengah yang kental.
Semoga pasukan Malaysia dapat mempamerkan aksi terbaik mereka sekaligus meraih kemenangan di laman sendiri bagi mendapatkan bekalan sebelum bertandang ke tempat lawan pada Ahad (3 Julai 2011) ini.

Tuesday 28 June 2011

Save The Date - Tomok & Ayu (By CST Production)




Saksikan video Save The date - Tomok dan pasangannya. Memang sweet sangat sebelum kahwin dah buat video ni. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.

Cara mudah dapatkan RM50,000?

Bagi pengguna celcom, senang je cara korang nak dapatkan RM50,000. Caranya ialah :

Buat panggilan telefon minimum 5 panggilan sehari. Lagi banyak korang buat panggilan, lagi tinggi la peluang korang nak menang RM50,000!!!!



Tak salah pun mencuba, mana tahu rezeki korang dapat RM50,000. Bukan susah pun kan, telefon la kekasih korang kerap kali.. Selamat memenangi!!!


Benda baik


                                  BILA KAMU BERDOA UNTUK ORANG LAIN, 

TUHAN AKAN MAKBULKAN SEGERA DOA ITU.. 


AKAN TETAPI BILA KAMU BERDOA UNTUK DIRIMU, NESCAYA DUGAAN AKAN TERLEBIH DAHULU KAMU TERIMA & KEMUDIAN BARU DIMAKBULKAN OLEH ALLAH....

Sunday 26 June 2011

Ego yang tak patut

Aku sayang mak aku!!!!!!! Tapi aku tak pernah cakap depan mak aku walaupun aku teringin sangat nak cakap depan beliau. Cuma jerit kuat-kuat dalam hati je. Ego macam ni memang tak patut kan. Selalu aku tulis dalam kad atau aku mesej je mak aku untuk aku cakap 'saya sayang ma'. Aku nak cakap depan-depan tapi takleh, ego ke? Mungkin cara aku tunjukkan kasih sayang cinta aku pada beliau bukan melalui kata-kata, melalui perbuatan.


**semoga ma baca tulisan ni suatu hari nanti. biarlah ma tahu yang 
AKU SAYANG MA SANGAT2!!

Thursday 23 June 2011

Malaysia vs Liverpool Asia Tour 2011

Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan. Aku macam tak percaya je akhirnya dapat gak aku melihat sendiri pasukan Liverpool. Aku semangat nak tengok Luis Suarez, tapi dia tak datang sebab beraksi untuk negara, tapi takpe masih leh tengok Steven Gerrard. Paling penting tengok pasukan Liverpool. You'll Never Walk Alone...

Training pass dan tiket.
Atas bantuan adli, dapat gak aku memiliki tiket yang berharga RM58.00 beserta training pass RM8.00. Aku akan ke stadium dengan maswati, adli, bobo, encik saiful, yang lain aku tak tahu la. Perlawanan akan berlangsung pada 16 Julai 2011 pada pukul 5.45 pm. Manakala training lak pada 14 Julai 2011.

Seating masa kat stadium.
Kalau mengikut tiket aku akan masuk ikut 'yellow gate'. Tiket RM58 ni kira free seating la. Tak sabarnya menghitung hari nak ke stadium negara untuk menyaksikan perlawanan ni. Walaupun aku beli tiket ni semata-mata nak tengok pasukan Liverpool beraksi, tapi aku tetap akan menyokong pasukan negara..

HIDUP MALAYSIA!!!!

Tuesday 21 June 2011

Penat dan seronok.

Boleh tahan la rasanya.
Semalam aku pergi Shah Alam ambil kawan kat Seksyen 17, dia dari penang. Dia datang Shah Alam sebab ada interview untuk sambung master. Malam tu aku teringin nak makan chicken chop , aku pun berpusing-pusing la cari restoran steak, akhirnya jumpa la D'One Steak Restaurant kat Seksyen 7. Lama dah tak lepak-lepak camni. Aku pun bukan kaki jalan sangat, dok umah je. Lain kali nak gi cuba makan kat Kg Baru lak, lama dah tak gi makan kat sana.




Sunday 19 June 2011

Pertunangan.

Semalam sepupu aku bertunang kat banting. Gambar kat bawah ni masa pertunangan sepupu aku. Apapun tahniah kepada kak ewin, selamat menjadi tunangan kepada abg iez pada 18.06.2011.


Simbolik kepada perkenalan mereka


Friday 17 June 2011

norzaimee

Nama penuh aku nor zaimee mastura bt mohammad. Jarang orang nak panggil aku mastura. Selalu orang panggil 'zaimee' , 'mie' dan 'mimie'. Umur nak masuk 20++ tahun. Masih muda remaja lagi kan. Hahahaha.  Aku anak sulung dari 5 orang adik beradik. Aku ada 3 adik teruna dan seorang adik dara. Aku ni sangat la meminati semua jenis sukan kecuali bola jaring. Paling aku minat sukan hoki dan badminton. Sekarang badan tak fit dah nak lari sini sana. Apa boleh buat, sukan bukan la keutamaan mak aku. Aku paling suka tolong kawan. Siapa-siapa ada masalah, leh datang jumpa aku, Insya Allah aku hulurkan bantuan. Paling aku sayang mestilah keluarga dan rakan-rakan yang sentiasa bagi sokongan kat aku.