Search This Blog

Thursday 30 June 2011

What the hell??????

Apa nak jadi ni? Belanda haramkan sembelih haiwan. Sesiapa yang ada niat nak menetap atau bercuti kat sana, kena lah berhati-hati dengan sumber makanan kat sana. Lupakan la niat kome nak ke belanda tu.

Dipetik dari akhbar sinar harian: Dewan Rakyat Belanda meluluskan cadangan mengharamkan penyembelihan haiwan di negara itu. Bagaimanapun tindakan itu telah ditentang hebat oleh penduduk Islam negara Eropah itu.

Rang undang-undang yang dikemukakan Parti Hak Asasi Haiwan itu diluluskan dengan undian 116 menyokong berbanding 30 menolak dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara sebelum menjadi undang-undang sah.

Undang-undang itu menetapkan haiwan yang akan disembelih perlu berada dalam keadaan tidak sedar iaitu kaedah berbeza dengan cara penyembelihan Islam. Undang-undang baru ini menuntut penganut Islam membuktikan penyembelihan haiwan semasa sedar tidak menyebabkan kesakitan, iaitu sesuatu yang dianggap mustahil.

Ketua Parti Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme dengan biadap menuduh kaedah penyembelihan  Islam menyebabkan kesakitan kepada haiwan dan menegaskan kebebasan agama perlu dihadkan.

**Semoga umat Islam sentiasa berhati-hati dengan pengambilan sumber haiwan yang disembelih.
**Mak aku dah tak beli ayam kat pasar, oleh itu setiap hari rabu je kitorang makan ayam. Nak tahu sebab apa? Haa, sebab hari rabu mak aku pergi dengar ustaz mengajar, ustaz tu yang jual, dia la yang tukang sembelih ayam tu.

No comments:

Post a Comment