Search This Blog

Sunday 31 July 2011

Ramadhan Al-Mubarak

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa pengertian hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.



1. Semua hadis menceritakan betapa besarnya kelebihan bulan Ramadhan untuk kita sama-sama menghidupkannya dengan segala amalan sunnah.

2. Pintu syurga dibuka sepanjang Ramadhan, manakala pintu neraka pula ditutup. Ini menggambarkan bagaimana Allah begitu mengasihani hambaNya yang taat beribadat dan menurut segala perintahNya.

3. Syaitan diikat sepanjang bulan Ramadhan agar kita dapat menunaikan segala ibadat dengan penuh keikhlasan. Tetapi kita perlu ingat bahawa kawan syaitan yang berada pada diri kita iaitu nafsu akan menggantikan tugas syaitan jika kita lalai.

4. Pentingnya keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadat.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, begitu juga ia mampu menghapuskan segala dosa-dosa yang lepas jika kita benar-benar bertaubat.

6. Kita mesti menghidupkan sunnah yang mana yang paling besar ialah berada dalam jemaah Islam terutama di dalam mengembalikan semula khilafah Islamiah yang telah lama dihancurkan iaitu pada 1924.

7. Jauhkan daripada syirik pada Allah sama ada berbentuk perbuatan, niat ataupun percakapan. Kita mesti mematuhi segala perjanjian yang dibuat selagi tidak melanggar hukum syarak.

8. Kita mesti berpuasa pada semua anggota bukannya pada makan dan minum sahaja.

9. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi.

10. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka dan apabila bertemu Allah kelak.

11. Di dalam menunaikan ibadat puasa kita mesti banyak bersabar dan jangan suka berbual kosong apatah meninggikan suara apabila bercakap.

**selamat menyambut ramadhan bagi seluruh umat Islam. Manfaatkan lah bulan Ramadhan dengan sebaiknya.

Wednesday 27 July 2011

Hoooorey!!!!!!!!!!

credit to Wan Qamarul

Sehari je lagi tinggal untuk Harimau Malaya membalas dendam atas kekalahan tempoh hari. Disebabkan terlalu semangat nak menyokong pasukan Malaysia, aku dah dapatkan tiket untuk menyaksikan perlawanan antara Malaysia vs Singapura atas bantuan Wan Qamarul dan Safwan. Yeah!!!

TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!

Tuesday 26 July 2011

Perkelahan yang fantastic!

Plan di saat-saat akhir memang menjadi. Setelah bermacam-macam cadangan dikeluarkan, akhirnya kitorang buat keputusan untuk beramah-mesra di Sungai Chiling yang terletak di Kuala Kubu Bharu pada hari sabtu yang lepas. Kitorang bertolak pukul 9.00 pagi, kalau tak silap aku la. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1jam 30minit.


Sampai je kat sana, kitorang buat keputusan untuk berkelah kat bawah je disebabkan ramai orang kat atas. Maklumlah hujung minggu mestilah ramai. Lagipun kitorang nak bakar-membakar, susah pulak nak meredah sungai nanti. Lagipun faktor cuaca tidak mengizinkan kami ke atas.

Monday 25 July 2011

Jom beli tiket Malaysia VS Singapura (28 Julai 2011)



Tiket perlawanan kedua pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 akan dilangsungkan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Julai 2011 ini. Bagi semua peminat bola sepak Malaysia, jangan lupa untuk mendapatkan tiket perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2014 di antara Malaysia dan Singapura di Stadium Bukit Jalil pada 28 Julai 2011. Untuk yang tidak berkesempatan untuk membeli tiket di kaunter tiket, anda boleh beli tiket Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011 secara online.

Tiket perlawanan Malaysia vs Singapura pada 28 Julai 2011 akan dijual dan boleh dibeli secara online di www.tickethotline.com.my bermula Rabu ini. Kaunter tiket pula dibuka pada 26 & 27 Julai di Stadium MBPJ, Stadium Shah Alam & Stadium Bukit Jalil (9am - 7pm) dan juga pada 28 Julai 2011 di Stadium Nasional Bukit Jalil (bermula 9am). Harga Tiket Malaysia vs Singapura 28 Julai 2011 adalah seperti berikut ;

  - RM50 (grandstand)
  - RM30 (terbuka)
  - RM5 (B-12)

Tiket dibeli secara online boleh ditebus ;
26 & 27 Julai 2011 - 9am to 7pm
28 Julai 2011 - 9am to half time match

Penyokong Singapura ; 
Penebusan tiket yang dibeli secara online di Pintu Biru.

Penyokong Malaysia ; 
Penebusan tiket yang dibeli secara online di Pintu Merah.

Tiket boleh didapati di : Kaunter Tiket
Pintu masuk utama Stadium MBPJ
Pintu masuk Stadium A Shah Alam
Yellow Gate Stadium Nasional Bukit Jalil
Mulai 9 pagi higga & malam pada 26 & 27 Julai 2011.

JUALAN TIKET PADA HARI PERLAWANAN MALAYSIA VS SINGAPORE 28 JULAI
Tiket akan dijual di Yellow Gate Stadium Nasional Bukit Jalil mulai 9 pagi sehingga separuh masa pertama perlawanan.

**jom ramai-ramai pergi stadium sokong MALAYSIA TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!!!!


Wednesday 20 July 2011

hohohoho balik kampung

Entri kali ni aku nak cerita sikit pasal kampung aku. Disebabkan tak lama lagi nak sambut Ramadhan dan Syawal, aku rindukan kampung halaman yang terletak di Pasir Mas, Kelantan. Rumah nenek aku ni terletak tepi sawah padi. Mek dengan atuk tinggal berdua je.

atuk aku petani

Aku dan adik-adik suka sangat balik kampung sebab boleh memancing, panjat pokok, main api, pergi wakaf che yeh dan banyak lagi. hahaha. Seronok sangat bila dapat berkumpul dengan semua adik-adik dan buat macam-macam aktiviti bersama.

Monday 18 July 2011

Jom nyanyi sama-sama....



My head is stuck in the clouds
She begs me to come down
Says "Boy quit foolin' around"
I told her "I love the view from up here
Warm sun and wind in my ear
We'll watch the world from above
As it turns to the rhythm of love"
We may only have tonight
But till the morning sun you're mine all mine
Play the Music low and sway to the rhythm of love

My heart beats like a drum
A guitar string to the strum
A beautiful song to be sung
She's got blue eyes deep like the sea
That roll back when she's laughing at me
She rises up like the tide
The moment her lips meet mine
We may only have tonight
But till the morning sun you're mine all mine
Play the Music low and sway to the rhythm of love

When the moon is low
We can dance in slow motion
And all your tears will subside
All your tears will dry

Ba-ba ba-ba ba-ba baba
Da da-da dum da-da dum
Ba-ba ba-ba ba-ba ba-ba
Da da-da dum da-da dum

And long after I've gone
You'll still be humming along
And I will keep you in my mind
The way you make love so fine
We may only have tonight
But till the morning sun you're mine all mine
Play the music low and sway to the rhythm of love

Sunday 17 July 2011

Aku suka memancing..

Hari ini aku pergi memancing dengan adik bongsu aku dan kengkawan dia. Lama dah tak buat aktiviti memancing ni. Memancing memang minat aku. Aku lagi suka berkawan dengan budak-budak sebab diorang dengar cakap aku. hahahaha. Senang la nak buli diorang.

Disebabkan aku sorang je perempuan yang join, diorang la yang angkat barang-barang... hahahhaha.. Kami menggunakan umpan cengkerik, udang dan cacing. Memang best memancing.

masing-masing ngah setting joran
semangat nak mancing
pasang umpan
ramai gak yang mancing

Wednesday 13 July 2011

Cuti-cuti Langkawi (Part 2 - 02/07/2011)

Hari ni aku nak sambung citer pasal percutian aku dan rakan-rakan. Sesi pagi punya ceita ni.


Hari kedua kitorang kat Langkawi bermula dengan Island Hopping (Lawatan ke 3 pulau yang berada di Langkawi dengan menaiki speed boat). Lawatan ke pulau-pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana kami dapat menikmati keindahan semulajadi Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar (walau tak jejak pulau).

Sementara menunggu kak siti kesayangan mereka...hehehe


Seawal pukul 9.00am kitorang dah terpacak kat depan Underwater World Langkawi tunggu kak siti sampai. Aku dah ghairah untuk memulakan aktiviti melawat pulau-pulau ni, maklumlah lama dah tak naik bot. Rakan-rakan yang lain steady cam biasa. hehehe.

Monday 11 July 2011

Cuti-cuti Langkawi (Part I - 01/07/2011)

Haaaa setelah 10 hari bercuti dari kesibukan kota, akhirnya aku kembali ke rumah...ceeewahhh... hehehehe... Aku nak kongsi sikit pasal percutian aku ke langkawi bersama dengan rakan-rakan yang sporting sangat.

Kami bertolak pada hari khamis malam jumaat dengan menaiki Bas Etika bertempat di Hentian Jalan Duta. Sepatutnya bas dah sampai pukul 11.55pm tapi dekat pukul 1.00am baru sampai. Bagus jugak bas lambat datang, dapatlah kitorang discuss serba sedikit tentang tentatif perjalanan dan percutian.

Kitorang sampai di Jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 8.00am, kalau tak silap aku la. Ramai dah orang beratur nak dapatkan tiket feri. Kitorang pun beratur la nak dapatkan tiket feri yang berharga RM18 setiap seorang. Feri berlepas pukul 9.30, sempat la kitorang bersarapan dulu.

Setelah berjaya mendapatkan tiket feri...yiihaaa