Search This Blog

Wednesday 13 July 2011

Cuti-cuti Langkawi (Part 2 - 02/07/2011)

Hari ni aku nak sambung citer pasal percutian aku dan rakan-rakan. Sesi pagi punya ceita ni.


Hari kedua kitorang kat Langkawi bermula dengan Island Hopping (Lawatan ke 3 pulau yang berada di Langkawi dengan menaiki speed boat). Lawatan ke pulau-pulau di sekitar Langkawi amat menyeronokkan kerana kami dapat menikmati keindahan semulajadi Pulau Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan Pulau Singa Besar (walau tak jejak pulau).

Sementara menunggu kak siti kesayangan mereka...hehehe


Seawal pukul 9.00am kitorang dah terpacak kat depan Underwater World Langkawi tunggu kak siti sampai. Aku dah ghairah untuk memulakan aktiviti melawat pulau-pulau ni, maklumlah lama dah tak naik bot. Rakan-rakan yang lain steady cam biasa. hehehe.
Pulau pertama yang pemandu bot bawa kitorang ialah
Pulau Beras Basah.

Jeti Pulau Beras Basah
Pemandu bot tu bawak laju, memang best, kitorang terjerit-jerit kesukaan atas bot....hahaha. Pulau ni memang cantik, kitorang diberi masa sejam untuk melepak di pulau ni. Aku apalagi mandi laut la. Memang seronok mandi pantai ni walaupun mandi sorang-sorang, tapi lagi best kalau diorang pun join. Rakan-rakan yang lain mengambil peluang untuk bermain pasir pantai sambil bergurau-senda. hehehe







Rindu pada kenangan di pulau ni bersama mereka.

Tempat kedua yang pemandu bot bawa kitorang ialah sekitar
Pulau Singa Besar. 

Aktiviti kat sini ialah memberi makan burung helang (bukan kitorang yang kasi, tapi pemandu bot yang kasi). Kat sini kitorang dapat lihat banyak burung helang. Yang menariknya burung-burung helang terbang berdekatan dengan bot untuk makan makanan yang diberikan oleh pemandu-pemandu bot.



Seterusnya, kitorang dibawa melawat sangkar ikan. Bayaran untuk masuk sebanyak RM7.00 termasuk sekali dengan sepeket kecil makanan ikan. Aktiviti kat sini ialah memberi makan kepada ikan tapi kebanyakan ikan dah kenyang, jadi ikan-ikan dah tak heran dengan makanan yang aku baling, hahahaha.

Penyu dan ikan haruan tasik.
Rakan-rakanku beraksi dengan ikan buntal. Spesis ni tak beracun. Ikan yang bahaya kat sini ialah haruan tasik. Bila lapar mereka akan melompat ke pelantar. Ada sorang pekerja kat sini patah jari sebab kena gigit dengan ikan ni masa nak buat show. Jadi, korang jangan la main-main dengan ikan ni.


Pulau terakhir yang pemandu bot bawa kitorang ialah
 Pulau Dayang Bunting.


Dalam perjalanan ke Tasik Dayang Bunting, korang akan lihat bentuk gunung yang menyerupai seorang perempuan sedang terbaring dengan bentuk kepala , dada dan perut yang sedang bunting.


nampak tak?

Di tengah pulau Dayang Bunting pula terdapat tasik air tawar yang berkeluasan 3 padang bola sepak. Sebuah jeti telah dibina di tepian pulau Dayang Bunting untuk bot-bot pelancong singgah. Tangga-tangga dibina ke atas dan kemudian kemudian menurun ke bawah - jaraknya 1 km sahaja . Sebuah pelantar dibina di tepi tasik dan disediakan jaket keselamatan dan bot berdayung dengan kaki dengan sewaan RM15.00 .


hafifi & ninas

shasha & si tembam



nadh & huzairi




Kat sini memang banyak monyet yang sentiasa kebulur. Korang dinasihatkan untuk tidak memegang sebarang plastik atau makanan untuk mengelak dari diterkam binatang ini.


kawan baik khairiah



ninas, nadh, khai, mira, elyn, shasha


Ni merupakan tempat terakhir sebelum bermulanya 'Mangrove Tour'. Lepas tu kitorang pun balik ke resort untuk solat dan rehat 10minit. 


Sesi petang akan bersambung nanti. hehehe.

No comments:

Post a Comment