Search This Blog

Friday 31 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blogger. Tahun ni aku beraya di Pasir Mas, Kelantan. Perancangan di saat akhir, dapat juga kami sekeluarga beraya di kampung halaman.












Wednesday 8 August 2012

Amri Yahyah tumbuk kemaluan Ghaddar

Hahahaha lucu betul la, Amri bukan saja pandai bermain bola, tapi pandai bermain anu.... Jangan marah yer peminat Amri. Kata-kata ni hanya gurauan semata-mata. Mungkin tumbukan ni salah satu strategi dalam permainan bola sepak. Amri pun macam takde tempat lain dah nak tumbuk kan. Hahahaha.




Akhirnya, dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Bunyamin Umar, digantung tiga perlawanan dan denda RM1500 selepas mengaku bersalah melakukan  'kekasaran melampau' terhadap pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.

Mereka dikenakan hukuman itu oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipengerusikan, Datuk Taufik Abdul Razak yang bersidang di Wisma FAM, semalam.

Bagaimanapun, Ghaddar yang menghadapi pertuduhan melakukan kekasaran terhadap Bunyamin dalam perlawanan sama dan mengaku tidak bersalah akan dibicarakan, Jumaat ini.

Sumber Berita Harian




Monday 6 August 2012

Gambar Dato' Lee Chong Wei bersama bakal isteri (Wong Mew Choo)

Sebelum ni aku post gambar-gambar Lin Dan bersama isteri, kali ni aku post gambar-gambar Dato' Lee Chong Wei bersama kekasih (Wong Mew Choo) yang merupakan bekas jaguh badminton negara kita suatu ketika dulu.


Rupanya dorang ni dah hampir 11 tahun bercinta walaupun sebelum ni pernah terputus di tengah jalan semasa Kejohanan Dunia 2009. 

Beliau merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Beliau akan membuat pengumuman pada sidang akhbar selepas pulang dari London nanti.

Beberapa gambar lagi di bawah.

Sunday 5 August 2012

Gambar Lin Dan bersama isteri (Xie Xifang)

Setelah menyaksikan perlawanan badminton antara dua jaguh tadi, aku dengar pengulas perlawanan ada menyebut tentang isteri Lin Dan. Baru lah aku tahu yang Lin Dan ni dah berkahwin rupanya. Isteri Lin Dan ni merupakan bekas jaguh dunia jugak macam dia. Wah tabik spring la, pandai Lin dan cari bini. Hiihihihi





Beberapa lagi gambar di bawah.

Olimpik : Pingat perak dari Datuk Lee Chong Wei

permainan yang sangat bertenaga dari beliau
Datuk Lee Chong Wei telah berjaya menghadiahkan pingat pertama buat kontinjen Malaysia sebentar tadi. Lee Chong Wei mngulangi pencapaian beliau di Beijing dengan memenangi pingat perak. Jutaan tahniah kepada beliau kerana telah mengharumkan nama Malaysia di arena antarabangsa.

Lin Dan bersama pingat emas yang dimenangi
Lee Chong Wei telah tewas dengan Lin Dan (China) dengan mata 21-15 (26 minit), 10-21 (20 minit), 21-19 (28 minit)di Arena Wembley. Perlawanan berlangsung dengan sengitnya. Akhirnya berjaya dimenangi oleh Lin Dan.


Beliau telah meminta maaf sejurus tamat perlawanan. Kami bangga dengan semangat beliau yang tinggi walaupun hanya berjaya merangkul pingat perak.

ESPN commentator said Lee Chong Wei is sucha great guy while Lin Dan is 'a bit arrogant'. Skills win you medals, but attitude win hearts.


Saturday 4 August 2012

Wajarkah atlet tidak berpuasa untuk Olimpik?



Korang tengok tak perlawanan memanah antara Khairul Anuar dengan Furukawa Takaharu malam tadi? Nampak tak yang Khairul ada minum air? Waktu tu da berbuka ke? Walaupun dia letih beraksi memanah, tapi bagi pendapat aku lah, itu bukannya alasan semata untuk dia berbuka. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi setiap umat Islam.

Memetik kata-kata Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Irwan Mohd Subri."Atlet tidak sepatutnya menjadikan faktor keletihan berpuasa sebagai alasan untuk mereka menjadi lemah, sebaliknya menjadikan kisah perang Badar sebagai pembakar semangat mereka untuk membawa pulang pingat emas pertama negara."

Aku bukan lah nak mengaibkan dia. Sekadar mohon pandangan rakan-rakan mengenai isu ini.


Friday 3 August 2012

Olimpik : Khairul Anuar berjaya ke Suku Akhir

Khairul Anuar melakarkan kejutan apabila berjaya mengalahkan pemanah tuan rumah, Larry Godfrey pada pusingan ketiga acara recurve individu lelaki hari ini.

Khairul Anuar
Larry Godfrey
Khairul akan menentang Furukawa Takaharu (Jepun) pada jam 9.13 malam ini secara langsung di RTM1.
Semoga Khairul berjaya ke peringkat separuh akhir.

Olimpik : Lee Chong Wei berjaya ke Separuh Akhir


Dato' Lee Chong Wei telah berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir pertandingan badminton perseorangan lelaki setelah menewaskan pemain dari India, Parupalli Kasyap dengan mata 21-19, 21-11 dalam masa 44 minit di Arena Wembley pada awal pagi Jumaat tadi.

Kashyap telah memberi tentangan yang hebat di set pertama yang menjangkau hingga 27 minit masa perlawanan tetapi Lee Chong Wei telah membuat kawalan penuh di set kedua seterusnya mendapat kemenangan dalam masa 17 minit.

Lee Chong Wei akan bertemu dengan pemain China, Chen Long di peringkat separuh akhir nanti. Chen Long telah menewaskan Peter Gade (Denmark) dengan mata 21-16, 21-13 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Wednesday 1 August 2012

Selamat tinggal Julai

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ogos. Aduh cepat sungguh masa berlalu. Banyak lagi target tahun ni tak tercapai lagi. Aku masih ada empat bulan lagi untuk capai semuanya sebelum tahun 2012 berakhir.


**Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.