Search This Blog

Friday 3 August 2012

Olimpik : Lee Chong Wei berjaya ke Separuh Akhir


Dato' Lee Chong Wei telah berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir pertandingan badminton perseorangan lelaki setelah menewaskan pemain dari India, Parupalli Kasyap dengan mata 21-19, 21-11 dalam masa 44 minit di Arena Wembley pada awal pagi Jumaat tadi.

Kashyap telah memberi tentangan yang hebat di set pertama yang menjangkau hingga 27 minit masa perlawanan tetapi Lee Chong Wei telah membuat kawalan penuh di set kedua seterusnya mendapat kemenangan dalam masa 17 minit.

Lee Chong Wei akan bertemu dengan pemain China, Chen Long di peringkat separuh akhir nanti. Chen Long telah menewaskan Peter Gade (Denmark) dengan mata 21-16, 21-13 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

No comments:

Post a Comment