Search This Blog

Wednesday 31 August 2011

Korang tahu tak bosan?

Bosannya raya kat kuala lumpur ni. Aku tak nak dah raya kat KL ni tahun depan. Bosan amat sangat. Antara sebab-sebab yang menyebabkan aku bosan :

  • pak dan mak sedara sume jauh kat kelantan, tak dapat la nak melawat mereka.
  • aku dah tak dapat duit raya, hahaha kalau dapat pun sikit je.
  • jiran-jiran pun semua balik kampung
tapi yang paling best, dapat beraya dengan kucing yang sangat comel...hehehe thanks zati..

meowwww
*orang gemuk suka mengaku kurus kan?

Tuesday 30 August 2011

Fesyen artis di hari raya

Salam Aidilfitri kepada rakan-rakan semua. tahun ni aku beraya di kotaraya, sungguh bosan sebab semua jiran-jiran balik kampung. Raya sebelum ni dah balik kelantan, raya tahun ni tak dapat nak balik sebab bapakku tak dapat cuti.

my family
Apa tema raya korang tahun ni? Jom kita usha baju raya artis.

marion caunter dan suami
didie alias dan suami
fauziah ghous
diana dan ibunya
nana sekeluarga 
nohnina
Tomok dan keluarga
umie aida dan anak-anak


~Selamat hari raya aidilfitri,
~Maaf zahir dan batin.
~norzaimee

Friday 26 August 2011

Si cantik


family VS kekasih

Kekasih sangat penting, tanpa kekasih kita akan keseorangan, kesunyian, kelaparan dan kebosanan. Kekasih perlu disayangi sepenuh jiwa, sepenuh hati, perlu dibelai manja.

Hahahaha tu bagi orang lain, bagi aku FAMILY paling penting dan sangat penting. Aku agak kurang senang dengan mereka yang lebih mementingkan kekasih dari family. Peduli la korang tak suke ape yang aku rase ni. Tapi kalau orang lain aku tk kesah kalau diorang nak mementingkan kekasih, tapi kalau ahli keluarga aku sendiri yang lebih mementingkan kekasih dari family

sila pergi ******...

Thursday 25 August 2011

Liverpool 3 VS Exeter City 1 (Carling Cup)

Salam ramadhan rakan-rakan semua. Lama sangat dah aku tak update blog. 

Disebabkan aku peminat Liverpool Football Club, so hari ini aku akan update tentang perlawanan Liverpool VS Exeter City semalam. Aku tak reti sangat nak mengulas. So korang enjoy je highlight ni ok.

Luis Suarez (minit ke 22)
Maxi Rodriguez (minit ke 54)
Andy Caroll (minit ke 58)

Semua video pak arab punya suara...hahaha enjoy

Saturday 20 August 2011

Otak hang!!!!

Korang suka makan otak-otak tak? Jom kita tengok apa tabiat yang boleh merosakkan otak kita. Otak ni salah satu organ yang sangat penting pada manusia.


1. Tidak mengambil sarapan pagi 
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Lepas ni, diharapkan kawan-kawan dapt memulakan hari dengan sarapan.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Ini bukan setakat rosakan otak, malah badan pun akan turut rosak bila berketul-ketul lemak terbentuk.

3. Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'. Perokok memang cepat sakit otak.

4. Penggunaan gula yang berlebihan 
-Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat dan sekaligus menyebabkan anda mudah kehilangan sebelah kaki.

5. Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan
pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Kesimpulannya, janganlah anda jadi kuat tidur ye kawan-kawan.

7. Menutup muka ketika tidur 
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Lepas ni tolong tutup tempat lain pulak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Otak pun perlukan rehat.

9. Kurang berimaginasi 
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun. Tapi janganlah berimaginasi lucah.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan 
otak kita. 


Friday 19 August 2011

Mula-Mula Kawin Semua Indah

Apa pendapat mereka-mereka yang dah kawin? Betul ke tak ayat-ayat cinta nie?

Sebelum Tido:

6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah… Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!
More than 10 years : Tido asing2….laki tido depan tv, bini tido ngan anak2…hahaha

Pakai Toilet:
6 hari: Jom la masuk sama2.
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana !!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..
16 tahun : …………………. (tak balas terus!!!) hehehe….

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???
More Than 10 Years : Buang tebiat ker you ni? Cakap mengarut….

Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih…
6 bulan : I’m BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..
More Than 10 Years : Dah tua2 pun nak beli hadiah ker? Mcm budak2 jer..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh… Your call…
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH…. ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak..Rasa pun sedappp…!! !
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?
10 Than 10 Years : Today balik lambat, I makan kat luar ngan kengkawan…

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah… Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler… Senang sikit tak perlu naik flight…
6 tahun: JALAN-JALAN? ?? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK ..
More Than 10 Years : X der keje lain ker, asyik tengok tv jer…


hahaha, harap pas kawin aku tak macam ni la...

Malam pertamaku terganggu

Suasana masih riuh di luar. Sanak saudara semuanya berkampung disini.Gelak ketawa, gurau senda jelas kedengaran. Aku memimpin isteriku ke dalam bilik pengantin. Suara-suara sumbang terlalu banyak yang menegurku.

"Hai, malam masih muda, dah nak masuk tidur?" sapa Pak Ucu.

"Orang muda bang Aji, biarlah. Air dah penuh kat kepala tu." sahut Pak Tam disambut hilai ketawa sanak saudara yang lain. Meriah sungguh keadaan diluar walau jam sudah menunjukkan pukul 11.00 malam.

Hadiah yang masih belum dibuka ku susun ke tepi. Lampu ku tutup. Merebah diri ke katil pengantin, aku menoleh ke arah isteriku.

"Kita tidur dulu lah yer. Ramai sangat orang kat luar tu." Isteriku Hanya mengangguk tanda setuju.

Entah pukul berapa sekarang, aku pun tidak tahu. Keadaan di luar gelap gelita dan senyap sunyi. Tanda sanak saudaraku telah pulang dan keluargaku telah tidur.

Jari jemariku lembut membelai rambutnya. Ku selak rambut ikal yang Menutupi telinganya lalu membisikkan "Assalammualaikum!" ke telinganya untuk Menguji isteriku.

"Wa alaikummussalam." Rupanya isteriku masih belum tidur. Ku kucup pipi halusnya. Ku kucup dahinya yang mulus. Semerbak harumnya menusuk deria bauku. Akanku tunaikan tanggungjawabku sebagai suami malam ini. Jari-jemari ini terus membelai tubuhnya. Perasaanku tidak dapat dikawal lagi, namun...

"Kringggggg...."

"Tik..tik..tik..tik..."

"Kring.. kring..kring.."

Bunyi-bunyi jam loceng entah dari mana memenuhi ruang bilikku. Terkejut dengan segala macam bunyi yang ada, aku membuka lampu. Serentak itu, terang benderang seluruh rumahku. Bunyi-bunyi ini telah berjaya membangunkan semua orang di rumahku.

Aku mencari-cari punca bunyi-bunyi itu. Mataku terarah ke sekotak hadiah yang masih terbalut rapi. Aku buka dengan pantas dan di dalamnya terdapat 5 buah jam loceng. Juga sekeping kad berbunyi... 

Selamat Pengantin Baru,
Jangan gopoh-gopoh. Baru Pukul 2 pagi. Jangan maree.. kami potong stim.

Dalam hatiku.. cilaka punya kengkawan. Potong stim betullah!!!

-----TAMAT----

Pengajarannya kat sini ...... buka laa hadiah tuu dulu...hehehehe 
 

Thursday 18 August 2011

Kad kahwin Ashraf Muslim islamic habis!

Memang menarik sangat kad kahwin mereka ni. Tak pernah lagi aku tengok kad kahwin bertulisan jawi macam ni. Ok sangat daripada letak gambar berpeluk-peluk kat kad. Majlis resepsi yang dijadualkan berlangsung pada 24 September 2011 bersamaan 26 Syawal 1432 Hijrah bertempat di Melaka International Trade Center (MITC).

Tahniah diucapkan kepada bakal pengantin.Semoga perkahwinan mereka kekal sampai bila-bila.






credit to kadkahwinku.com


Monday 15 August 2011

Waktu-waktu Doa Mustajab


Salam Ramadhan rakan-rakan, hari ni baru aku berkesempatan untuk update blog. Hari ini aku nak kongsikan dengan korang semua waktu-waktu doa yang mustajab.

  • Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir 
  • Selepas solat fardu
  • Berdoa di temat sunyi supaya khusyuk
  • Ketika dalam peperangan atau darudat
  • Ketika sujud
  • Ketika dizalimi orang
  • Ketika musafir
  • Bapa mendoakan kebaikan anak
  • Ketika wukuf di Padang Arafah
  • Selepas solat subuh sebelum terbit matahari
  • Selepas solat Asar
  • Ketika mahu berbuka puasa
  • Ketika sakit
  • Doa pada malam Lailatulqadar
  • Doa pada malam Jumaat
  • Doa raja dan pemimpin yang adil
  • Doa anak yang taat kepada ibubapa
  • Apabila khatam menbaca Al-Quran
  • Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
  • Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
  • Berdoa di Hijir Ismail
  • Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah
Semoga doa kita dimakbulkan olehNya.

Saturday 13 August 2011

Eksklusif: Yusry, Lisa naik pelamin 2012



KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.


sumber Berita Harian

Bertuahnya abang Yusry ni, dapat berdampingan dengan jelitawan dari dulu sampai sekarang. Apapun tahniah diucapkan kepada mereka sebab dah ada perancangan nak kahwin. Harap pekahwinannya nanti kekal la, taklah sekerat je.


Wednesday 10 August 2011

Orang bodoh je masuk UiTM.

Tajuk tu la ayat yang keluar dari mulut sorang mak cik ni. Aku yang dengar masa tu, telan air liur je la. Nak kasi penampar, orang tua. Masa tu mak aku borak-borak la dengan dia pasal adik aku belajar kat matrikulasi Arau. Mak aku citer la kalau ada budak yang takleh teruskan pengajian kat matrikulasi, pihak matrik akan hantar dorang ke uitm arau untuk teruskan pengajian. Pastu direct dia cakap 'ore babuk je masuk uitm, hok takdok A'. Sape orang Kelantan, faham la ayat tu.

Dia ingat UiTM ni teruk sangat ke? Aku sebagai pelajar UiTM ni sungguh berbangga sekali dapat masuk UiTM. Dengan bayaran yuran yang murah dan macam-macam lagi kemudahan yang ada.

Dia bajet anak dia masuk UIA, dah bagus sangat lah. Sori ye kawan-kawan yang belajar kat UIA tu, aku tak kutuk institusi korang belajar tu. Aku kutuk pemikiran mak cik ni. Nak tengok la nanti, anak dia habis belajar, terus dapat kerja yang bagus sangat ke. 

Takpe, bagi aku la rezeki masing-masing. Tak kisah la kat institusi mana kita belajar sekali pun, yang penting buat yang terbaik dan dapatkan keputusan yang cemerlang gemilang terbilang.

Hanya buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga walau dimana kita berada.

Monday 8 August 2011

Encik Apek yang sweet

Sekarang memang tengah panas pasal isu khairul fahmi putus tunang ni. Aku memang ingat dia ni tak bersalah pada mulanya. Huhuhu. Dalam paper bukan main lagi statement dia. 

credit gambar to OHBULAN!
Bestnye jadi dahlia teck ni, ada abang yang pimpin tangan masa jalan-jalan. Penjaga gol Harimau Malaya ni memang terserlah sifat penyayangnya sebagai abang. Romantis sungguh adik abang ni. Lambat lagi la kalau nak tunggu jawapan dari khairul fahmi ni. Nasib dia baik sebab tengah training kat slovakia sampai hujung bulan ni.

Friday 5 August 2011

Jam tangan

Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku memiliki seutas jam tangan hasil titik peluh sendiri. Sebelum ni suka membazir beli benda lain. Setelah bosan bila beli jam murah, asyik rosak je, aku pun beli lah jam yang sedikit mahal.


Tiada niat nak menunjuk pun, cuma terlalu happy.

Thursday 4 August 2011

Melayu Kelantan 60,000 tahun

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.


Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.


Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka. 


sumber Berita Harian 


Aku sebagai anak kelahiran Kelantan merasa sungguh bangga. hehehehe. Kepada sesiapa yang dari negeri lain tu, sudah-sudah lah kalau nak benci orang atau pape yang berkaitan dengan Kelantan. Kita hidup satu negara ni, takyah la nak bersifat kenegerian.  Kalau ada sikap camtu, baik kau duduk dalam hutan la.

Tuesday 2 August 2011

Kuih kesukaan aku!

Disebabkan bulan puasa ni lah dapat tengok pelbagai jenis kuih kat bazar. Selain bulan puasa, jarang nak beli kuih sarapan pagi-pagi. Antara kuih yang paling-paling aku suka ialah tauhu sumbat. Kalau dapat makan kuih ni, memang tak toleh kiri kanan dah. Dapat makan hari-hari pun takpe.

kuih no 1 aku suka
kuih no 2 aku suka
kuih no 3 aku suka
Diharapkan bakal suami aku nanti dapat buatkan kuih-kuih kesukaan aku ni. Eh terbalik pula, sepatutnya aku yang kena buat untuk diorang. Hahahaha. Nanti aku akan belajar buat kuih-kuih ni dengan mak aku supaya aku dapat makan bila-bila masa je.

Apa pula kuih kesukaan korang eh?

Monday 1 August 2011

Doa berbuka puasa

Jap lagi nak berbuka puasa dah, sesiapa yang tak hafal bacaan doa berbuka puasa, boleh tengok kat bawah ni.


Bila berbuka nant pastikan korang semua berhenti bila dah kenyang. Takde lah mengantuk atau malas nak berterawih ni. Selamat berbuka semua. Semoga amalan puasa kita hari ini diterima olehNya.