Otak hang!!!!

Korang suka makan otak-otak tak? Jom kita tengok apa tabiat yang boleh merosakkan otak kita. Otak ni salah satu organ yang sangat penting pada manusia.


1. Tidak mengambil sarapan pagi 
-Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan
mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif. Lepas ni, diharapkan kawan-kawan dapt memulakan hari dengan sarapan.

2. Terlebih makan - Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak. Ini bukan setakat rosakan otak, malah badan pun akan turut rosak bila berketul-ketul lemak terbentuk.

3. Perokok
-Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit ` Alzheimer'. Perokok memang cepat sakit otak.

4. Penggunaan gula yang berlebihan 
-Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat dan sekaligus menyebabkan anda mudah kehilangan sebelah kaki.

5. Pencemaran udara
-Otak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia.Pencemaran udara boleh menyebabkan
pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
-Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati. Kesimpulannya, janganlah anda jadi kuat tidur ye kawan-kawan.

7. Menutup muka ketika tidur 
-Tidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak. Lepas ni tolong tutup tempat lain pulak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat
-Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak. Otak pun perlukan rehat.

9. Kurang berimaginasi 
- Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap
kecerdasan/keaktifan otak menurun. Tapi janganlah berimaginasi lucah.

10. Jarang berfikir
- Jarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan 
otak kita. 


Comments

  1. yang last nie paling suka...hihiii..dalam erti kata lain, otak lambat pick up!! :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Gambar Lin Dan bersama isteri (Xie Xifang)

Gambar Dato' Lee Chong Wei bersama bakal isteri (Wong Mew Choo)

Fesyen artis di hari raya