JOM MAKAN SHELL OUT KAMPUNG BARU


Ni memang favourite place untuk aku makan shell out.



Memang padu, hehehe. Sesiapa yang teringin makan shell out, aku recommend kan shell out kg baru ni, memang sedap. Kalau makan dengan family memang sesuai sangat sebab harga yang berpatutan. Cuma air je kena order asing. Free dessert buah-buahan. Shell out kat sini ada 3 set. Sos ada 4 jenis. Sos yang sedap Thai Spicy.
 
 
Kalau nak puas makan, jangan order 1 set je, sebab kalau order 1 set je, cukup-cukup makan. Aku dengan kawan berlima order set C ada dua hidangan, fuhhh memang puas hati makan. Aku ambik sos Thai Spicy.
 
Gambar kat bawah ni masa makan dengan geng office. So order Set C ada dua hidangan. Tapi kenyang la jugak makan cukup cukup pun.

Gambar kat bawah pulak masa makan dengan geng study a.k.a geng puaka. hehehe. Kitorang order jugak Set C , dua hidangan campur jadikan 1. Masa ni memang puas makan sebab berlima je.


 
Shell out ni memang menghadap KLCC. memang cantik la view kalau makan kat sini. Parking memang limited. Tapi sentiasa ada orang jaga parking. So takde masalah kalau block kereta orang.

 
Kalau korang nak ke sini waze je 'Laman Selera Ayam Cheese'. Shell out ni memang terletak kat laman selera, ada menu lain lagi kalau korang nak makan selain shell out.
 
 
Oklah selamat mencuba Kg Baru Shell Out :) 
 
 
 

Comments

Popular posts from this blog

Gambar Lin Dan bersama isteri (Xie Xifang)

Gambar Dato' Lee Chong Wei bersama bakal isteri (Wong Mew Choo)

Fesyen artis di hari raya