Search This Blog

Thursday 4 August 2011

Melayu Kelantan 60,000 tahun

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.


Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.


Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka. 


sumber Berita Harian 


Aku sebagai anak kelahiran Kelantan merasa sungguh bangga. hehehehe. Kepada sesiapa yang dari negeri lain tu, sudah-sudah lah kalau nak benci orang atau pape yang berkaitan dengan Kelantan. Kita hidup satu negara ni, takyah la nak bersifat kenegerian.  Kalau ada sikap camtu, baik kau duduk dalam hutan la.

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Dan harap-harapnya orang Kelantan pun tak bersifat kenegerian. Orang negeri lain semua tahu koranglah yang paling kuat sifat kenegeriannya, kekadang sampai menjengkelkan

    :)

    ReplyDelete