Search This Blog

Monday 11 July 2011

Cuti-cuti Langkawi (Part I - 01/07/2011)

Haaaa setelah 10 hari bercuti dari kesibukan kota, akhirnya aku kembali ke rumah...ceeewahhh... hehehehe... Aku nak kongsi sikit pasal percutian aku ke langkawi bersama dengan rakan-rakan yang sporting sangat.

Kami bertolak pada hari khamis malam jumaat dengan menaiki Bas Etika bertempat di Hentian Jalan Duta. Sepatutnya bas dah sampai pukul 11.55pm tapi dekat pukul 1.00am baru sampai. Bagus jugak bas lambat datang, dapatlah kitorang discuss serba sedikit tentang tentatif perjalanan dan percutian.

Kitorang sampai di Jeti Kuala Perlis lebih kurang pukul 8.00am, kalau tak silap aku la. Ramai dah orang beratur nak dapatkan tiket feri. Kitorang pun beratur la nak dapatkan tiket feri yang berharga RM18 setiap seorang. Feri berlepas pukul 9.30, sempat la kitorang bersarapan dulu.

Setelah berjaya mendapatkan tiket feri...yiihaaa

Selesai bersarapan, kitorang pun naik lah  feri menuju ke Pulau Langkawi. Hehehe. Nama feri 'Lada Satu', selesa, tandas pun bersih. Sampai je kat Jeti Kuah, kitorang pun tunggu la kereta sewa. Kitorang telah menyewa kereta avanza. Murah je sewa nya, RM200 tuk 3hari 2malam, memang berbaloi. Jangan lupa sediakan deposit RM100. Kalau nak sewa kereta yang murah, korang leh la telefon Jojie (012-500 5464).

Dapat je kereta sewa, kitorang pun menuju ke Makam Mahsuri sementara tunggu nak check in resort. Tiket sebanyak RM5 dikenakan untuk masuk ke Kota Mahsuri. 

Selepas selesai melawat Kota Mahsuri, kitorang pun menuju ke Padang Matsirat untuk makan tengahari, boleh tahan la masakan kat sini. Harga pun ok.

Makan tengahari kat Padang Matsirat
Selepas selesai makan tengahari, tibalah masa yang kami nantikan iaitu check in resort. Tak sabar sebab masing-masing tak mandi lagi. Hahahaha. Kitorang menginap dekat Aseania Resort Langkawi.

Masing-masing dah kepenatan.
Aseania Resort Langkawi boleh tahan selesa, siap sekali dengan pakej sarapan, puas hati la. Kitorang pun dapatlah mandi, rehat dan solat jap sebelum memulakan aktiviti balik pada pukul 3.30. Lepas ni kitorang nak pergi naik kereta kabel.



Tiket untuk naik kereta kabel RM15, dapat murah sebab kitorang naik masa 'Happy Hour' dari pukul 5.00-7.00pm.






Memang penat nak naik tangga lepas melawat jambatan gantung ni.

Love u all...hehehe

Setelah puas memanjat tangga seakan tangga batu caves, kami pun naik kereta kabel turun ke bawah balik... Tiba lah masa untuk kami membeli-belah, membeli cokelat dan sudu garfu untuk emak-emak di Pekan Kuah. hahahaha.

**Papepun memang enjoy sangat bercuti dengan korang semua.


No comments:

Post a Comment