Keputusan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia (2) vs Taiwan (1)

Malaysia mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 malam tadi. Permainan yang cukup mantap dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Pada mulanya, pasukan Taiwan lebih banyak menyerang, namun pertahanan Malaysia agak kental bertahan. Pasukan Malaysia terus menggandakan asakan sehingga tamat wisel penamat. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya meraih kemenangan di laman sendiri.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, dua jaringan masih-masing satu daripada kapten, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan tonggak pertahanan, Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak (ke-54) sudah cukup untuk memberi bekalan buat anak-anak buah Rajagobal sebelum berkunjung ke Taiwan.
Begitupun, kelekaan barisan pertahanan skuad kebangsaan dihukum apabila Chen Po Liang menjaringkan gol bagi merapatkan jurang buat Taiwan pada minit ke-75.

Jaringan Safiq Rahim pada minit ke-27

Jaringan Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak pada minit ke-54

Diharapkan pasukan Malaysia akan dapat meraih kemenangan di tempat lawan lawan nanti. Gomo Malaysia Gomo!!!

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Fesyen artis di hari raya

Gambar Lin Dan bersama isteri (Xie Xifang)