Penat dan seronok.

Boleh tahan la rasanya.
Semalam aku pergi Shah Alam ambil kawan kat Seksyen 17, dia dari penang. Dia datang Shah Alam sebab ada interview untuk sambung master. Malam tu aku teringin nak makan chicken chop , aku pun berpusing-pusing la cari restoran steak, akhirnya jumpa la D'One Steak Restaurant kat Seksyen 7. Lama dah tak lepak-lepak camni. Aku pun bukan kaki jalan sangat, dok umah je. Lain kali nak gi cuba makan kat Kg Baru lak, lama dah tak gi makan kat sana.






Ada ujian bertulis
Pagi tadi teman dia gi interview kat Fakulti Pengurusan Perniagaan, kitorg datang punya la awal kul 8.20 am, dia di panggil masuk kul 12.00pm. Punya la ngantuk aku tunggu, tersengguk-sengguk atas kerusi. Sekejap je dia ditemuduga, pastu kitorg terus gi makan tengahari. Pastu aku terus gi umah faiz, nak punggah barang-barang kawan. Dia dah balik penang pun kul 4.00pm td. Walaupun penat angkat barang turun naik tingkat 3, tapi seronok.....

Comments

Popular posts from this blog

Gambar Lin Dan bersama isteri (Xie Xifang)

Gambar Dato' Lee Chong Wei bersama bakal isteri (Wong Mew Choo)