Search This Blog

Wednesday 29 June 2011

Malaysia vs Taiwan ( 29 Jun 2011 )


Pasukan bolasepak Malaysia akan menghadapi Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Rajagobal masih belum menetapkan siapa yang akan menjaga gawang gol - sama ada Khairul Fahmi Che Mat atau Sharbinee Allawee Ramli. Ini kerana Apek masih mengalami sakit bahu.
Penyerang berbisa negara, Safee Sali telah  mengalami kecederaan di saat-saat akhir pada sesi latihan petang semalam. Kemungkinan Rajagobal akan menggandingkan Abdul Hadi Yahaya dan Baddrol Bakhtiar 
Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani pula turut boleh diturunkan selepas kedua-duanya sudah pulih daripada kecederaan hamstring dan lutut.
Namun di sebalik masalah tersebut, Rajagobal tetap berkeyakinan Malaysia mampu meraih kemenangan 
"Jika menang 1-0 pun, ia cukup untuk kita ke tempat lawan dengan tanpa tekanan berbanding jika tewas. Jadi saya mahu pemain manfaatkan peluang terhidang dan tiada sebab untuk kita tewas," tegas Rajagobal.
Rajagobal turut menyatakan bahawa dua pemain sayap Taiwan, Lo Chih-An dan Lo Chih-En yang merupakan saudara kembar cukup berbahaya dan pasukan lawan itu memiliki dua pemain pertahanan tengah yang kental.
Semoga pasukan Malaysia dapat mempamerkan aksi terbaik mereka sekaligus meraih kemenangan di laman sendiri bagi mendapatkan bekalan sebelum bertandang ke tempat lawan pada Ahad (3 Julai 2011) ini.

No comments:

Post a Comment