Search This Blog

Friday, 31 August 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Masih belum terlambat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua rakan-rakan blogger. Tahun ni aku beraya di Pasir Mas, Kelantan. Perancangan di saat akhir, dapat juga kami sekeluarga beraya di kampung halaman.












Wednesday, 8 August 2012

Amri Yahyah tumbuk kemaluan Ghaddar

Hahahaha lucu betul la, Amri bukan saja pandai bermain bola, tapi pandai bermain anu.... Jangan marah yer peminat Amri. Kata-kata ni hanya gurauan semata-mata. Mungkin tumbukan ni salah satu strategi dalam permainan bola sepak. Amri pun macam takde tempat lain dah nak tumbuk kan. Hahahaha.




Akhirnya, dua pemain Selangor, Amri Yahyah dan Bunyamin Umar, digantung tiga perlawanan dan denda RM1500 selepas mengaku bersalah melakukan  'kekasaran melampau' terhadap pemain import Kelantan, Mohammad Ghaddar pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.

Mereka dikenakan hukuman itu oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dipengerusikan, Datuk Taufik Abdul Razak yang bersidang di Wisma FAM, semalam.

Bagaimanapun, Ghaddar yang menghadapi pertuduhan melakukan kekasaran terhadap Bunyamin dalam perlawanan sama dan mengaku tidak bersalah akan dibicarakan, Jumaat ini.

Sumber Berita Harian




Monday, 6 August 2012

Gambar Dato' Lee Chong Wei bersama bakal isteri (Wong Mew Choo)

Sebelum ni aku post gambar-gambar Lin Dan bersama isteri, kali ni aku post gambar-gambar Dato' Lee Chong Wei bersama kekasih (Wong Mew Choo) yang merupakan bekas jaguh badminton negara kita suatu ketika dulu.


Rupanya dorang ni dah hampir 11 tahun bercinta walaupun sebelum ni pernah terputus di tengah jalan semasa Kejohanan Dunia 2009. 

Beliau merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan. Beliau akan membuat pengumuman pada sidang akhbar selepas pulang dari London nanti.

Beberapa gambar lagi di bawah.

Sunday, 5 August 2012

Gambar Lin Dan bersama isteri (Xie Xifang)

Setelah menyaksikan perlawanan badminton antara dua jaguh tadi, aku dengar pengulas perlawanan ada menyebut tentang isteri Lin Dan. Baru lah aku tahu yang Lin Dan ni dah berkahwin rupanya. Isteri Lin Dan ni merupakan bekas jaguh dunia jugak macam dia. Wah tabik spring la, pandai Lin dan cari bini. Hiihihihi





Beberapa lagi gambar di bawah.