Search This Blog

Sunday 29 July 2012

Gambar Nur Suryani Mohamed Taibi Sarat Mengandung ketika beraksi di Olimpik London

Menang atau kalah memang adat pertandingan, tetapi dalam hal ini, yang pasti, Nur Suryani, pakar dalam acara 10 meter air-rifle, sudah berjaya menarik seluruh dunia yang kagum dengan rekod yang bakal diciptanya sebagai peserta yang menyertai sukan Olimpik ketika mengandung lapan bulan.

Sebenarnya, Nur Suryani hampir terlepas peluang untuk menyertai Olimpik London kerana pakar sukan Malaysia bimbang keadaannya yang sarat mengandung tidak mengizinkan atlet ini bertanding dengan selesa. 



Memetik kata-kata Nur Suryani kepada The New York Times menampakkan sikap serta semangatnya yang bertaraf universal "Bagi saya, tiada apa yang mustahil. Ini suatu cabaran. Jika saya mengalah kali ini, saya kena tunggu empat tahun lagi. Mungkin, ketika itu, peluang untuk saya sudah tiada lagi."

Beberapa lagi gambar ketika beliau beraksi.


"Saya boleh melakukan apa sahaja yang saya mahu kerana saya agak degil. Apa sahaja yang ingin saya lakukan, saya akan lakukan." kata beliau.











bersama suami, Marhazli Mohtar
Semangat beliau wajar dberi pujian kerana dengan kandungan yang sarat beliau masih bersemangat tinggi untuk beraksi mewakili negara. Malaysia Boleh!!!!


sumber dari SinarHarian

3 comments: