Pasar malam hari khamis



06.45 pm : Aku berada di pasar malam waktu ni. Pertama kali aku datang sini setelah hampir 2 bulan kerja kat sini. Pasar malam ni terletak tak jauh dari Wisma Mah Sing. Selepas berjalan-jalan, aku tertarik dengan apam balik. Lantas aku membeli 2 keping apam balik kecil. Hahahaha rasa macam ayat karangan. Tapi apam balik ni memang sedap. Rangup, garing, perghhhh...


Aku lepak jap duduk tepi longkang sambil melibat ragam manusia di pasar malam ni. Dari dulu lagi memang aku suka pergi pasar malam. Dari zaman belajar kat arau lagi, setiap petang aku ronda cari lokasi pasar malam. Hahaha.

Masa aku makan apam balik tadi, ada sorang budak lelaki pakai baju sukan, baru balik sekolah agaknya, datang minta seringgit kat aku, nak beli pizza katanya. Lepas aku bagi dua ringgit, dia berlalu pergi tapi tak beli pizza lak aku tengok. Hahaha takpe lah, rezeki dia.

Tak tahu nak makan apa lak lepasni. Nak jalan-jalan kejap, lepas tu balik rumah.


Bersambung lagi nanti...




Comments

Popular posts from this blog

Gambar Lin Dan bersama isteri (Xie Xifang)

Fesyen artis di hari raya