Search This Blog

Tuesday, 28 June 2011

Benda baik


                                  BILA KAMU BERDOA UNTUK ORANG LAIN, 

TUHAN AKAN MAKBULKAN SEGERA DOA ITU.. 


AKAN TETAPI BILA KAMU BERDOA UNTUK DIRIMU, NESCAYA DUGAAN AKAN TERLEBIH DAHULU KAMU TERIMA & KEMUDIAN BARU DIMAKBULKAN OLEH ALLAH....

Sunday, 26 June 2011

Ego yang tak patut

Aku sayang mak aku!!!!!!! Tapi aku tak pernah cakap depan mak aku walaupun aku teringin sangat nak cakap depan beliau. Cuma jerit kuat-kuat dalam hati je. Ego macam ni memang tak patut kan. Selalu aku tulis dalam kad atau aku mesej je mak aku untuk aku cakap 'saya sayang ma'. Aku nak cakap depan-depan tapi takleh, ego ke? Mungkin cara aku tunjukkan kasih sayang cinta aku pada beliau bukan melalui kata-kata, melalui perbuatan.


**semoga ma baca tulisan ni suatu hari nanti. biarlah ma tahu yang 
AKU SAYANG MA SANGAT2!!

Thursday, 23 June 2011

Malaysia vs Liverpool Asia Tour 2011

Ini adalah pertama kali kelab Liverpool datang ke Malaysia untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan pasukan kebangsaan. Aku macam tak percaya je akhirnya dapat gak aku melihat sendiri pasukan Liverpool. Aku semangat nak tengok Luis Suarez, tapi dia tak datang sebab beraksi untuk negara, tapi takpe masih leh tengok Steven Gerrard. Paling penting tengok pasukan Liverpool. You'll Never Walk Alone...

Training pass dan tiket.
Atas bantuan adli, dapat gak aku memiliki tiket yang berharga RM58.00 beserta training pass RM8.00. Aku akan ke stadium dengan maswati, adli, bobo, encik saiful, yang lain aku tak tahu la. Perlawanan akan berlangsung pada 16 Julai 2011 pada pukul 5.45 pm. Manakala training lak pada 14 Julai 2011.

Seating masa kat stadium.
Kalau mengikut tiket aku akan masuk ikut 'yellow gate'. Tiket RM58 ni kira free seating la. Tak sabarnya menghitung hari nak ke stadium negara untuk menyaksikan perlawanan ni. Walaupun aku beli tiket ni semata-mata nak tengok pasukan Liverpool beraksi, tapi aku tetap akan menyokong pasukan negara..

HIDUP MALAYSIA!!!!

Tuesday, 21 June 2011

Penat dan seronok.

Boleh tahan la rasanya.
Semalam aku pergi Shah Alam ambil kawan kat Seksyen 17, dia dari penang. Dia datang Shah Alam sebab ada interview untuk sambung master. Malam tu aku teringin nak makan chicken chop , aku pun berpusing-pusing la cari restoran steak, akhirnya jumpa la D'One Steak Restaurant kat Seksyen 7. Lama dah tak lepak-lepak camni. Aku pun bukan kaki jalan sangat, dok umah je. Lain kali nak gi cuba makan kat Kg Baru lak, lama dah tak gi makan kat sana.