Search This Blog

Saturday, 4 August 2012

Wajarkah atlet tidak berpuasa untuk Olimpik?



Korang tengok tak perlawanan memanah antara Khairul Anuar dengan Furukawa Takaharu malam tadi? Nampak tak yang Khairul ada minum air? Waktu tu da berbuka ke? Walaupun dia letih beraksi memanah, tapi bagi pendapat aku lah, itu bukannya alasan semata untuk dia berbuka. Berpuasa di bulan Ramadhan adalah wajib bagi setiap umat Islam.

Memetik kata-kata Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Dr Irwan Mohd Subri."Atlet tidak sepatutnya menjadikan faktor keletihan berpuasa sebagai alasan untuk mereka menjadi lemah, sebaliknya menjadikan kisah perang Badar sebagai pembakar semangat mereka untuk membawa pulang pingat emas pertama negara."

Aku bukan lah nak mengaibkan dia. Sekadar mohon pandangan rakan-rakan mengenai isu ini.


Friday, 3 August 2012

Olimpik : Khairul Anuar berjaya ke Suku Akhir

Khairul Anuar melakarkan kejutan apabila berjaya mengalahkan pemanah tuan rumah, Larry Godfrey pada pusingan ketiga acara recurve individu lelaki hari ini.

Khairul Anuar
Larry Godfrey
Khairul akan menentang Furukawa Takaharu (Jepun) pada jam 9.13 malam ini secara langsung di RTM1.
Semoga Khairul berjaya ke peringkat separuh akhir.

Olimpik : Lee Chong Wei berjaya ke Separuh Akhir


Dato' Lee Chong Wei telah berjaya menempah slot ke peringkat separuh akhir pertandingan badminton perseorangan lelaki setelah menewaskan pemain dari India, Parupalli Kasyap dengan mata 21-19, 21-11 dalam masa 44 minit di Arena Wembley pada awal pagi Jumaat tadi.

Kashyap telah memberi tentangan yang hebat di set pertama yang menjangkau hingga 27 minit masa perlawanan tetapi Lee Chong Wei telah membuat kawalan penuh di set kedua seterusnya mendapat kemenangan dalam masa 17 minit.

Lee Chong Wei akan bertemu dengan pemain China, Chen Long di peringkat separuh akhir nanti. Chen Long telah menewaskan Peter Gade (Denmark) dengan mata 21-16, 21-13 dalam satu lagi perlawanan suku akhir.

Wednesday, 1 August 2012

Selamat tinggal Julai

Pejam celik pejam celik, dah masuk bulan ogos. Aduh cepat sungguh masa berlalu. Banyak lagi target tahun ni tak tercapai lagi. Aku masih ada empat bulan lagi untuk capai semuanya sebelum tahun 2012 berakhir.


**Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.