Search This Blog

Friday, 5 August 2011

Jam tangan

Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak aku memiliki seutas jam tangan hasil titik peluh sendiri. Sebelum ni suka membazir beli benda lain. Setelah bosan bila beli jam murah, asyik rosak je, aku pun beli lah jam yang sedikit mahal.


Tiada niat nak menunjuk pun, cuma terlalu happy.

Thursday, 4 August 2011

Melayu Kelantan 60,000 tahun

KOTA BHARU: Sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian berhubung asal usul bangsa Melayu melalui kaedah genetik menunjukkan Melayu Kelantan kemungkinan besar orang Melayu paling asal menetap di Semenanjung sejak lebih 60,000 tahun.


Kumpulan penyelidik diketuai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Pengajian Siswazah), Pusat Pengajian Sains Kesihatan USM, Prof Madya Dr Zafarina Zainuddin yang mendapat geran RM1.4 juta daripada Kementerian Pengajian Tinggi, melakukan kajian terhadap 10 sub-etnik Melayu di Semenanjung Malaysia bagi mengetahui asal usul Melayu.


Sub-etnik berkenaan adalah Melayu Jawa di Johor dan Selangor, Melayu Aceh (Perak), Melayu Minang (Negeri Sembilan), Melayu Banjar (Selangor dan Johor), Melayu Bugis (Selangor dan Johor), Melayu Rawa (Perak), Melayu Champa (Perak, Kedah dan Kelantan), Patani (Kelantan), Melayu Kelantan dan Kedah Langkasuka. 


sumber Berita Harian 


Aku sebagai anak kelahiran Kelantan merasa sungguh bangga. hehehehe. Kepada sesiapa yang dari negeri lain tu, sudah-sudah lah kalau nak benci orang atau pape yang berkaitan dengan Kelantan. Kita hidup satu negara ni, takyah la nak bersifat kenegerian.  Kalau ada sikap camtu, baik kau duduk dalam hutan la.

Tuesday, 2 August 2011

Kuih kesukaan aku!

Disebabkan bulan puasa ni lah dapat tengok pelbagai jenis kuih kat bazar. Selain bulan puasa, jarang nak beli kuih sarapan pagi-pagi. Antara kuih yang paling-paling aku suka ialah tauhu sumbat. Kalau dapat makan kuih ni, memang tak toleh kiri kanan dah. Dapat makan hari-hari pun takpe.

kuih no 1 aku suka
kuih no 2 aku suka
kuih no 3 aku suka
Diharapkan bakal suami aku nanti dapat buatkan kuih-kuih kesukaan aku ni. Eh terbalik pula, sepatutnya aku yang kena buat untuk diorang. Hahahaha. Nanti aku akan belajar buat kuih-kuih ni dengan mak aku supaya aku dapat makan bila-bila masa je.

Apa pula kuih kesukaan korang eh?

Monday, 1 August 2011

Doa berbuka puasa

Jap lagi nak berbuka puasa dah, sesiapa yang tak hafal bacaan doa berbuka puasa, boleh tengok kat bawah ni.


Bila berbuka nant pastikan korang semua berhenti bila dah kenyang. Takde lah mengantuk atau malas nak berterawih ni. Selamat berbuka semua. Semoga amalan puasa kita hari ini diterima olehNya.