Search This Blog

Monday, 15 August 2011

Waktu-waktu Doa Mustajab


Salam Ramadhan rakan-rakan, hari ni baru aku berkesempatan untuk update blog. Hari ini aku nak kongsikan dengan korang semua waktu-waktu doa yang mustajab.

  • Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir 
  • Selepas solat fardu
  • Berdoa di temat sunyi supaya khusyuk
  • Ketika dalam peperangan atau darudat
  • Ketika sujud
  • Ketika dizalimi orang
  • Ketika musafir
  • Bapa mendoakan kebaikan anak
  • Ketika wukuf di Padang Arafah
  • Selepas solat subuh sebelum terbit matahari
  • Selepas solat Asar
  • Ketika mahu berbuka puasa
  • Ketika sakit
  • Doa pada malam Lailatulqadar
  • Doa pada malam Jumaat
  • Doa raja dan pemimpin yang adil
  • Doa anak yang taat kepada ibubapa
  • Apabila khatam menbaca Al-Quran
  • Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah
  • Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram
  • Berdoa di Hijir Ismail
  • Berdoa di mana juga masjid kerana ia rumah Allah
Semoga doa kita dimakbulkan olehNya.

Saturday, 13 August 2011

Eksklusif: Yusry, Lisa naik pelamin 2012



KUALA LUMPUR: Buat pertama kali, pengarah KRU Studios, Yusry Abdul Halim, 38, mengakui dirinya sedang bercinta dengan aktres popular, Lisa Surihani Mohamed, 25, sekali gus mengesahkan segala gosip sebelum ini dan jika tiada aral melintang akan ke jenjang pelamin tahun depan.


sumber Berita Harian

Bertuahnya abang Yusry ni, dapat berdampingan dengan jelitawan dari dulu sampai sekarang. Apapun tahniah diucapkan kepada mereka sebab dah ada perancangan nak kahwin. Harap pekahwinannya nanti kekal la, taklah sekerat je.


Wednesday, 10 August 2011

Orang bodoh je masuk UiTM.

Tajuk tu la ayat yang keluar dari mulut sorang mak cik ni. Aku yang dengar masa tu, telan air liur je la. Nak kasi penampar, orang tua. Masa tu mak aku borak-borak la dengan dia pasal adik aku belajar kat matrikulasi Arau. Mak aku citer la kalau ada budak yang takleh teruskan pengajian kat matrikulasi, pihak matrik akan hantar dorang ke uitm arau untuk teruskan pengajian. Pastu direct dia cakap 'ore babuk je masuk uitm, hok takdok A'. Sape orang Kelantan, faham la ayat tu.

Dia ingat UiTM ni teruk sangat ke? Aku sebagai pelajar UiTM ni sungguh berbangga sekali dapat masuk UiTM. Dengan bayaran yuran yang murah dan macam-macam lagi kemudahan yang ada.

Dia bajet anak dia masuk UIA, dah bagus sangat lah. Sori ye kawan-kawan yang belajar kat UIA tu, aku tak kutuk institusi korang belajar tu. Aku kutuk pemikiran mak cik ni. Nak tengok la nanti, anak dia habis belajar, terus dapat kerja yang bagus sangat ke. 

Takpe, bagi aku la rezeki masing-masing. Tak kisah la kat institusi mana kita belajar sekali pun, yang penting buat yang terbaik dan dapatkan keputusan yang cemerlang gemilang terbilang.

Hanya buat yang terbaik untuk diri sendiri dan keluarga walau dimana kita berada.

Monday, 8 August 2011

Encik Apek yang sweet

Sekarang memang tengah panas pasal isu khairul fahmi putus tunang ni. Aku memang ingat dia ni tak bersalah pada mulanya. Huhuhu. Dalam paper bukan main lagi statement dia. 

credit gambar to OHBULAN!
Bestnye jadi dahlia teck ni, ada abang yang pimpin tangan masa jalan-jalan. Penjaga gol Harimau Malaya ni memang terserlah sifat penyayangnya sebagai abang. Romantis sungguh adik abang ni. Lambat lagi la kalau nak tunggu jawapan dari khairul fahmi ni. Nasib dia baik sebab tengah training kat slovakia sampai hujung bulan ni.