Apa nak jadi ni? Belanda haramkan sembelih haiwan. Sesiapa yang ada niat nak menetap atau bercuti kat sana, kena lah berhati-hati dengan sumber makanan kat sana. Lupakan la niat kome nak ke belanda tu.
Dipetik dari akhbar sinar harian: Dewan Rakyat Belanda meluluskan cadangan mengharamkan penyembelihan haiwan di negara itu. Bagaimanapun tindakan itu telah ditentang hebat oleh penduduk Islam negara Eropah itu.
Rang undang-undang yang dikemukakan Parti Hak Asasi Haiwan itu diluluskan dengan undian 116 menyokong berbanding 30 menolak dan kini menunggu kelulusan Dewan Negara sebelum menjadi undang-undang sah.
Undang-undang itu menetapkan haiwan yang akan disembelih perlu berada dalam keadaan tidak sedar iaitu kaedah berbeza dengan cara penyembelihan Islam. Undang-undang baru ini menuntut penganut Islam membuktikan penyembelihan haiwan semasa sedar tidak menyebabkan kesakitan, iaitu sesuatu yang dianggap mustahil.
Ketua Parti Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme dengan biadap menuduh kaedah penyembelihan Islam menyebabkan kesakitan kepada haiwan dan menegaskan kebebasan agama perlu dihadkan.
**Semoga umat Islam sentiasa berhati-hati dengan pengambilan sumber haiwan yang disembelih.
**Mak aku dah tak beli ayam kat pasar, oleh itu setiap hari rabu je kitorang makan ayam. Nak tahu sebab apa? Haa, sebab hari rabu mak aku pergi dengar ustaz mengajar, ustaz tu yang jual, dia la yang tukang sembelih ayam tu.
Search This Blog
Thursday, 30 June 2011
Keputusan pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 : Malaysia (2) vs Taiwan (1)
Malaysia mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 malam tadi. Permainan yang cukup mantap dipamerkan oleh kedua-dua pasukan. Pada mulanya, pasukan Taiwan lebih banyak menyerang, namun pertahanan Malaysia agak kental bertahan. Pasukan Malaysia terus menggandakan asakan sehingga tamat wisel penamat. Tahniah kepada pasukan Malaysia kerana berjaya meraih kemenangan di laman sendiri.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Nasional, Bukit Jalil itu, dua jaringan masih-masing satu daripada kapten, Safiq Rahim pada minit ke-27 dan tonggak pertahanan, Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak (ke-54) sudah cukup untuk memberi bekalan buat anak-anak buah Rajagobal sebelum berkunjung ke Taiwan.
Begitupun, kelekaan barisan pertahanan skuad kebangsaan dihukum apabila Chen Po Liang menjaringkan gol bagi merapatkan jurang buat Taiwan pada minit ke-75.
Jaringan Safiq Rahim pada minit ke-27
Jaringan Mohammad Aidil Zafuan Abdul Razak pada minit ke-54
Diharapkan pasukan Malaysia akan dapat meraih kemenangan di tempat lawan lawan nanti. Gomo Malaysia Gomo!!!
Wednesday, 29 June 2011
Malaysia vs Taiwan ( 29 Jun 2011 )
Pasukan bolasepak Malaysia akan menghadapi Taiwan pada aksi pertama pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Rajagobal masih belum menetapkan siapa yang akan menjaga gawang gol - sama ada Khairul Fahmi Che Mat atau Sharbinee Allawee Ramli. Ini kerana Apek masih mengalami sakit bahu.
Penyerang berbisa negara, Safee Sali telah mengalami kecederaan di saat-saat akhir pada sesi latihan petang semalam. Kemungkinan Rajagobal akan menggandingkan Abdul Hadi Yahaya dan Baddrol Bakhtiar
Norshahrul Idlan Talaha dan Ahmad Fakri Saarani pula turut boleh diturunkan selepas kedua-duanya sudah pulih daripada kecederaan hamstring dan lutut.
Namun di sebalik masalah tersebut, Rajagobal tetap berkeyakinan Malaysia mampu meraih kemenangan
"Jika menang 1-0 pun, ia cukup untuk kita ke tempat lawan dengan tanpa tekanan berbanding jika tewas. Jadi saya mahu pemain manfaatkan peluang terhidang dan tiada sebab untuk kita tewas," tegas Rajagobal.
Rajagobal turut menyatakan bahawa dua pemain sayap Taiwan, Lo Chih-An dan Lo Chih-En yang merupakan saudara kembar cukup berbahaya dan pasukan lawan itu memiliki dua pemain pertahanan tengah yang kental.
Semoga pasukan Malaysia dapat mempamerkan aksi terbaik mereka sekaligus meraih kemenangan di laman sendiri bagi mendapatkan bekalan sebelum bertandang ke tempat lawan pada Ahad (3 Julai 2011) ini.
Tuesday, 28 June 2011
Save The Date - Tomok & Ayu (By CST Production)
Saksikan video Save The date - Tomok dan pasangannya. Memang sweet sangat sebelum kahwin dah buat video ni. Semoga berkekalan sehingga akhir hayat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
